terlebih dahulu saya ingin memohon maaf jikalau ada yang terasa hati apabila saya menggunakan nama untuk blog saya ni. 'cik siti wan kempis'. tiada maksud untuk menghina mana-mana pihak atau pun negeri cuma saya berpendapat itu hanyalah sebuah nama yang tidak mempunyai maksud apa-apa. kebetulan nama saya bmula dengan siti. mohon selepas ini tidak ada lagi mana-mana pihak yang kecoh atau pun berkata dengan kata-kata yang kurang manis. biarlah kita kurangkan manis dalam minuman dan makanan bukannya dalam perkataan.
baiklah, saya amat teruja untuk membuat entri yang baru ini. memandangkan di pejabat pada hari ni bersamaan hari jumaat, saya kurang mempunyai kerja. jadi saya fikir lebih baik saya buat entri yang agak menarik kerana saya mmg berminat dengan sejarah cik siti wan kembang yang asalnya dari negeri kelantan. (gomo kelate gomo..gomo kelate gomo). sebelum saya memulakan.. dahulu masa saya di sekolah rendah, seingat-ingat saya, tv siaran kerajaan pernah menayangkan sebuah drama yang bertajuk ' cik siti intan kembang'..yaa masih segar dalam ingatan saya. ceritanya berkisarkan mengenai sebuah persahabatan. mereka berkawan dari kecil. we cut the story, budak pompuan itu ( watak utama).dulu masa kecil2 dia sgt gemuk dan bila sdh besar dia berubah jd seorang yg slim n cantik. rasanya mmg tiada kaitan dengan sejarah cik siti wan kembang tu..cuma nama sahaja yang agak sinonim dengan sejarah itu.
tanpa membuang masa lagi, saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai sejarah cik siti wan kembang
SEJARAH CIK SITI WAN KEMBANG
- Apabila Sultan Mansur Shah mangkat 1526M (928H), maka putera baginda, Raja Gombak ditabalkan menjadi Sultan dengan gelaran "Sultan Gombak".
- Setelah baginda Raja Gombak mangkat, maka cucunda baginda yang telah dijadikan putera angkat, iaitu Raja Ahmad, ditabal menjadi Sultan Kelantan pada 1584M (992H). Dengan gelaran Sultan Ahmad, Baginda telah berkahwin dengan Cik Banun puteri Seri Nara D'Raja, iaitu sepupu kepada Raja Hussein di sebelah isteri Lela Wangsa Pahang.
- Baginda berdua telah dikurniakan seorang puteri dinamakan Cik Siti Wan Kembang. Baginda Sultan Ahmad mangkat pada 1589M, sewaktu puteri baginda Cik Siti Wan Kembang berusia 4 tahun, dan oleh sebab itu Raja Hussein dari Johor telah dilantik menjadi Pemangku Raja Pemerintah Kelantan.
- Bila Raja Hussein mangkat pada 1610M (1018H), maka Cik Wan Kembang ditabal menjadi Raja Kelantan. Baginda bersemayam di Gunung Chinta Wangsa, Ulu Kelantan, kira-kira 40 kilometer ke arah Tenggara Kuala Krai.
- Pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa menjadi terkenal menyebabkan banyak dikunjungi oleh pedagang-pedagang dari dalam dan luar negeri termasuk juga orang-orang Arab yang mengelarkan Cik Wan kembang dengan panggilan "Paduka Cik Siti".
- Baginda mempunyai seekor kijang yang amat disukai Baginda, iaitu persembahan daripada rakyat Baginda yang tinggal di Gunung Ayam. Gambar kijang ini telah diterap di atas wang emas dengan perbelanjaan negeri, dan kemudiannya diabadikan pula sebagai sebahagian daripada daripada lambang kebesaran negeri Kelantan yang berkekalan hingga ke hari ini.
- Dalam masa pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang memerintah di Gunung Chinta Wangsa itu, maka disebelah timur laut negeri Kelantan telah timbul sebuah lagi kerajaan berpusat di Jembal, dibawah pemerintahan Raja Sakti 1638M (1046H). Setelah Baginda mangkat, maka putera Baginda, Raja Loyor telah ditabal menjadi Raja pada 1649M (1059H).
- Baginda dianugerahkan dengan dua orang cahayamata iaitu seorang putera, Raja Sakti yang mangkat sejak kecil lagi dan seorang puteri bernama Puteri Saadong. Hubungan baik telah terjalin di antara Kerajaan Cik Siti Wan Kembang di Gunung Chinta Wangsa, dengan Kerajaan Loyor di Jembal.
- Baginda Cik Siti Wan Kembang telah mengambil Puteri Saadong sebagai anak angkat yang akan mewarisi takhta kerajaan sepeninggalannya nanti, kerana Baginda tidak mempunyai puteri ataupun putera sebab baginda tidak pernah berkahwin.
- Puteri Saadong seorang gadis ayu yang cantik dan jelita, digelar oleh penduduk Gunung Chinta Wangsa sebagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikan Puteri Saadong itu telah sampai kepada Maharaja Siam yang menghantar utusan untuk meminang Puteri Saadong, tetapi ditolak.
- Puteri Saadong telah dikahwinkan dengan Raja Abdullah iaitu sepupunya, dan telah dimahkotakan di Kota Tegayong (Tanah Serendah Sekebun Bunga Cherang Tegayong) dan kemudiannya dipindahkan ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
![]() |
Cik siti wan kembang bersama kijang baginda |
sedikit informasi mengenai puteri Saadong yang telah berkahwin dengan sepupunya Raja Abdullah:
Puteri Saadong telah ditangkap oleh tentera Siam lalu dijadikan permaisuri kepada Raja Narai, Raja Siam (kini Thailand), untuk menggantikan kehidupan suaminya. Berikutan penangkapan Puteri Saadong, Raja Abdullah mengambil pendirian untuk menunggu kepulangan Puteri Saadong, baginda Raja Abdullah tidak lagi berkahwin. Namun selepas bertahun-tahun menunggu, Raja Abdullah mengambil kepuusan untuk berkahwin lain.
Apabila Puteri Saadong telah kembali semula ke Bukit Marak untuk mencari Raja Abdullah untuk berkahwin semula. Lalu Puteri Saadong telah kecewa apabila mendapati Raja Abdullah telah berkahwin dengan wanita lain, atas perasaan amarah yang mendalam, Puteri Saadong bertekad lalu telah membunuh Raja Abdullah dengan menggunakan keris sanggul yang disemat dirambutnya.
Selepas insiden tersebut, Puteri Saadong telah meninggalkan Bukit Marak lalu hilang tanpa dijejaki lagi. Makam Raja Abdullah sehingga hari ini masih boleh dilihat dan dilawati di Padang Halban, Melor di daerah Bachok, Kelantan.
Begitulah sedikit sebanyak mengenai sejarah cik siti wan kembang dari negeri kelantan ini. mesti ramai tertanya kenapa buat entri mengenai sejarah kelantan kenapa tidak sabah? soalan yang bagus bukannya soalan bodoh ya.. kita kan 1 malaysia..mana2 pun ok.. tapi inshallah jika ada kesempatan saya akan kongsi jg sejarah-sejarah dari negeri di bawah bayu.. nanti saya akan pilih satu persatu.
Inshallah sampai bertemu lagi.. Yang baik dari Allah yang buruk dari manusia itu sendiri..
Assalamualaikum...
Cari fb wan Amir
ReplyDelete