alhamdulilah..selama 25 thn bernafas di dalam dunia yang fana ini, aku beroleh akal fikiran dengan membuat ruangan di blog ini.secara jujurnya tidaklah saya pernah terfikir untuk mempunyai blog yang boleh dibaca oleh seluruh umat manusia di dunia. Pertama sekali tujuan saya ingin mempunyai blog tersendiri adalah kerana saja bertukar angin kepada seorang blogger(iya kan saja la) well.. tanpa membuang masa marilah saya memperkenalkan diri.tidak bagus jg datang tanpa memberi salam dan sesi perkenalan.(org putih cakap ice breaking..aisehmen)
baikla.. nama pemilik tuan tanah ini adalah cik siti... pada thn ini berusia 25tahun.mungkin ada diluar sana beranggapan bahawa saya sdh tua tp secara jujurnya bknlah angka yang menilai kita ini tua atau pun muda. tetapi dari akal fikiran dan pengalaman. bercakap mengenai pengalaman, saya masih banyak yang perlu dibelajar dan banyak yang masih perlu ditimba. Saya merupakan anak jati sabah, negeri di bawah bayu. bapa saya merupakan orang berbangsa bajau kota belud ( yanabar? alap tek?),dan ibu saya pula berbangsa pakistan + dusun.ntalah banyak betul darah di badan saya ni.baiklah saya mendapat pendidikan awal di sekolah cina yang paling popular di daerah tawau, sekolah menengah di daerah lahad datu dan mendapat pendidikan tinggi di UITM cawangan sabah. saya juga mempunyai 5org adik beradik.anak bongsu dan syukur sebelum saya menginjak usia 25thn saya sdh mula berdikari dari segi kewangan kerana saya sudah pun bekerja dengan kerajaan negeri.( boleh la beli2 apa yg diinginkn hati, tapi byk juga hutang yg perlu djelaskan d awal bulan). Apa yang penting, semenjak mendapat pekerjaan saya 'kurang' menyusahkan keluarga dari segi wang ringgit. satu motto yang saya pegang adalah: biar tidak berduit jangan menyusahkan keluarga. begitu la kata-kata yang saya pegang sehingga hari ni dan syukur jarang sekali saya menyusahkan mereka.kadang-kadang tu ada juga la heee...
macam biasala kalau mahu berkenal-kenalan ni..benda command orang tanya hobi kan? betul idok? baiklah.. hobi saya.. adalah bersukan dan bermain alat muzik..sukan yang saya suka skrg ni adalah badminton.kalau dlu time sekolah main pingpong sekarang ni badminton pula..( ada can leh men dunia ni) hahahahaa..alat muzik yang aku suka adalah guitar..tapi skrg ni keinginan hati mau beli drumset. tgkla mana tau t'sepak duit tetiba bolehla beli sebijik.rasanya itu saja lah.. tuan tanah boleh cerita. sampai bjumpa lagi.. wassalam..

(actually this is not me, but then saya suka pasukan germany and orang nya juga cantik -maya karin-)
No comments:
Post a Comment